DAP takkan mengemis untuk jawatan dalam kerajaan – Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan bahawa DAP tidak akan mengemis untuk mendapatkan jawatan kerajaan dalam konteks polemic kerajaan perpaduan di peringkat Johor.
“Kita terima realiti politik bahawa kerajaan Johor ditubuhkan sebelum kerajaan perpaduan. Pada tahun lepas saya beritahu (pengerusi DAP Johor, Liew) Chin Tong tak perlu sertai kerajaan perpaduan (di Johor).
“DAP takkan minta kerajan perpaduan. Kita selesa sebagai ADUN pengimbang
“Kita terima titah sultan bahawa kita bukan pembangkang. Kita pengimbang. Bezanya kita sokong kerajaan.
Beliau berkata demikian di Konvensyen DAP Johor hari ini.
BN mempunyai 40 daripada 56 kerusi DUN Johor. PH pula mempunyai 12. Satu kerusi dimenangi Muda manakala baki tiga ialah kerusi PN.
Loke turut menolak ide kerajaan perpaduan di Johor.
“BN telah tubuh kerajaan dengan majoriti kukuh. Kerajaan perpaduan Johor tak perlu ditubuh.
“DAP takkan mengemis untuk jawatan kerajaan.”
Beliau menambah DAP akan berada dalam kerajaaan dengan memenangi pilihanraya.
Loke turut menasihatkan DAP Johor untuk mempertahankan setiap kerusi yang telahpun dimenangi.
“Soal kerjasama, kita bincang di pusat.”
Isu kedudukan dalam kerajaan Johor menjadi salah satu isu yang dibangkitkan sewaktu kempen PRK Mahkota oleh AMANAH Johor.
BACA JUGA: Straight fights in GE will ensure Anwar remains in power