Fungsi JKOM sedang diteliti semula
Fungsi Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) sedang diteliti semula dan penyelarasan yang berpada akan diturut dibuat pada ketika ia dipindahkan semula ke Kementerian Komunikasi kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
“Antara penyelarasan (sedang dilaksanakan) itu adalah dari sudut perjawatan dan organisasi. Dalam masa sama, kita berhasrat untuk memindahkan secara fizikal Pejabat JKOM balik ke kementerian (Komunikasi).
“Selain itu, fungsi JKOM ini juga akan teliti semula,” katanya selepas merasmikan Program Kita Madani Peringkat Negeri Perlis, lapor Harian Metro
Beliau turut mengulas jawatan Ketua Pengarah JKOM masih kosong berikutan penamatan perkhidmatan Dr Mohd Khairuddin Othman pada 23 September lalu.
“Tugas Ketua Pengarah JKOM kini masih dipangku oleh Timbalan Ketua Pengarahnya (Datuk Ismail Yusop).
“Setakat ini, kita belum lagi ke arah itu (pelantikan Ketua Pengarah JKOM baru) dan saya sudah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa untuk meneliti struktur JKOM untuk dibuat penyelarasan semula,” katanya.
Bagaimanapun beliau juga tidak dapat menentukan tempoh masa yang diperlukan dalam lantikan semula Ketua Pengarah JKOM yang baharu.
BACA JUGA: Kerajaan mahu ubah status Islam sebagai agama persekutuan? PM Anwar perjelaskan
Â