Naik 2 anak tangga, PMX di tangga ke-15 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 15 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia.
Senarai itu dikeluarkan laman The Muslim 500 yang menyenaraikan 50 pemimpin Islam teratas yang berpengaruh di dunia untuk edisi 2025.
Kedudukan itu sekaligus menyaksikan Perdana Menteri naik dua anak tangga berbanding tangga ke 17 pada edisi 2024.
Selain itu, Anwar tersenarai sebagai Top 10 Pemimpin dan Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh di dunia.
PMX berada di kedudukan ke-9 jauh meninggalkan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang berada di tangga ke 23.
Sebelum ini pada edisi 2024, Joko Widodo berada di kedudukan ke-9 sebagai pemimpin dan ahli politik berpengaruh, manakala Anwar di kedudukan ke-11.
Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia yang berjaya menduduki senarai 500 individu muslim berpengaruh untuk tahun 2025 adalah cendekiawan negara iaitu Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
Beliau berjaya berada di kedudukan ke-25 dalam kategori cendekiawan muslim paling berpengaruh dunia.
BACA JUGA Dakwa banjir di Selangor memalukan, KP Pas Selangor disekolahkan netizen
Â