Berapa nilai bantuan ketenteraan AS kepada Israel sejak 7 Oktober?
Hasil kajian University Brown dalam projek Kos Peperangan mendedahkan Amerika Syarikat telah memberikan bantuan ketenteraan sekurang-kurangnya bernilai AS$17.9 bilion sejak bermulanya konflik di antara Hamas dan Israel.
Jumlah tersebut adalah peruntukan terbesar dalam tempoh setahun.
Tambahan AS4.86 bilion diperuntukkan untuk operasi ketenteraan AS di rantau Timur Tengah, lapor Associated Press.
Ini termasuk operasi Tentera Laut AS untuk mengekang serangan Houthi dari Yemen ke atas kapal perdagangan.
Israel merupakan negara penerima bantuan ketenteraan terbesar AS dan telah memperoleh AS$251.2 bilion sejak 1959.
Dari sudut perbelanjaan, AS$4 bilion telah digunakan untuk menambah baik sistem pertahanan Israel, Iron Dome dan peluru berpandu.
Jumlah tentera AS di rantau Timur Tengah juga telah ditingkatkan oleh pentadbiran Biden.
Sebelum 7 Oktober, AS menempatkan 35,000 tentera di Timur Tengah. Dalam bulan Ogos ia ditingkatkan kepada 50,000 berikutan kematian pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.
BACA JUGA: Jangan usik komponen parti Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
Â