Penamatan subsidi ayam berjaya, kini giliran subsidi telur pula? Ini jawapan menteri
Selepas kerajaan berjaya menamatkan subsidi ayam mentah, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini sedang mempertimbangkan menamatkan subsidi telur ayam.
Namun kata Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, penamatan subsidi itu hanya akan berlaku sekiranya bekalan telur kembali pulih dan stabil.
Beliau berkata, penjimatan sebanyak RM100 juta hasil dari pemansuhan subsidi boleh dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak.
“Justeru saya berpandangan, sudah tiba masanya kementerian ini mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C,” katanya.
Menurutnya, cadangan itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Sebelum ini langkah kerajaan menamatkan subsidi ayam pada 1 November tahun lalu menunjukkan kejayaan apabila harga dan bekalan ayam di pasaran terus stabil sehingga ke hari ini.
Rata-rata harga ayam di pasaran masih lagi sekitar RM7 hingga RM9.
Pada tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM927 juta bagi subsidi telur ayam.
BACA JUGA Berapa nilai bantuan ketenteraan AS kepada Israel sejak 7 Oktober?
Â