Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjadi Ketua Pembangkang, ehsan daripada Pas?
Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendedahkan bahawa beliau menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen kerana presiden Pas, Tan Sri Hadi Awang yang mengetengahkan nama beliau.
“Presiden (Bersatu) sangat terbuka. Beliau berbincang dengan Pas agar sesiapa daripada kalangan mereka mengetuai pembangkang. Hadi yang mencadangkan nama saya sebagai Ketua Pembangkang.
“Presiden bersetuju, saya pun hairan. Saya hanya seorang setiausaha agung yang perlu bekerja untuk presiden parti. Jika tidak, calonnya adalah Muhyiddin atau Hadi.”
Hamzah yang menjadi Ketua Pembangkang sejak Disember 2022 berkata demikian dalam satu wawancara bersama BFM yang disiarkan kelmarin.
Beliau turut ditanya berkenaan prestasi Bersatu di dalam pilihan raya kecil dan juga sokongan Melayu.
Ini kerana kekalahan calon Bersatu di Nenggiri memberikan gambaran bahawa Pas tidak kuat di kubu kuatnya di negeri Kelantan.
“Nenggiri memang milik BN. DI Kelantan sebelum ini tidak pernah sesiapa pim menang di Gua Musang tetapi ita menang semasa PRU dan dua kerusi kerusi DUN semasa PRN.
“Pilihanraya kecil datang kemudian. Banyak faktor mempengaruhinya.
Hamzah turut menjawab soalan berkaitan kekalahan Bersatu di dalam pilihanraya kecil DUN Mahkota di Johor.
“Majoriti penyokong kita adalah orang Melayu. Di Mahkota pengundi Melayu 51%. Kalau Umno menang lima peratus undi bukan Melayu pun, mereka boleh menang.
“Kita tahu perkara itu dan kita mahu membuktikan Melayu tetap menyokong kita,” kata beliau.
BN berjaya mengekalkan kerusi Mahkota dengan majoriti lebih 20,000 undi.
Walau bagaimanapun beliau mengakui PN berdepan cabaran dalam mendapatkan undi bukan Melayu.

MIC ahli pengasas PN?
Ini kerana 80% pengundi bukan Melayu menyokong Pakatan Harapan.
“Ketika penubuhan, MIC merupakan ahli pengasas selama beberapa minggu. Kemudian kita mengajak Gerakan dan SAPP.
“MIC keluar kerana ada masalah dalam BN ketika itu.
Untuk rekod, SAPP juga telah keluar daripada PN.
MIPP pula kini telah menggantikan MIC.
Hamzah juga mendedahkan bahawa parti Muda kini bekerjasama dengan PN.
“Berjasa, Putra dan Muda tidak bersama kita secara rasmi tetapi mereka bekerjasama dengan kita.
“Ada banyak pertubuhan bukan kerajaan juga yang bekerjasama dengan kita.”
Hamzah turut menjawab persepsi bahawa pengacara Keluar Sekejap Khairy Jamaludin dan Shahril Hamdan lebih berkesan sebagai pembangkang berbanding dengan PN.
“Mungkin kumpulan kami tidak biasa berada di dalam pembangkang. Dari sudut pengalaman, kami ada lebih dari mencukupi. Saya sendiri pernah berada di dalam BN dan PN.
“Ada banyak isu yang kita bangkitkan di parlimen tetapi saya tahu bahawa ia tidak diselesaikan.”
BACA JUGA: Surat bapa Altantuya dibaca di mahkamah, hukuman gantung Azilah diganti penjara 40 tahun
Â