Dua sebab Malaysia pilihan terbaik untuk mempengerusikan ASEAN tahun hadapan
Malaysia mempunyai kedudukan ekonomi kukuh dan kestabilan politik untuk mengambil alih peranan sebagai pengerusi ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anawar Ibrahim menerusi X.
“Malaysia yang akan mempengerusikan ASEAN tahun depan telah menggariskan hala tuju yang jelas untuk gabungan ini terus maju ke hadapan dengan menstruktur semula ekonomi dan terus memacu keamanan, keselamatan dan kerjasama di rantau ini.”
Beliau sekarang berada di Vientiane, Laos untuk menghadiri Sidang ASEAN ke 44 dan 45.
Beliau turut berpendirian bahawa persekitaran ekonomi dan kestabilan ekonomi membuka ruang untuk perubahan yang bermakna.
Semalam beliau telah menggariskan wawasan Malaysia untuk ASEAN. Ia termasuk memperkukuhkan rangkaian nilai serantau dan kerjasama penguatkuasaan, meningkatkan jaringan pelaburan dan perdagangan, perubahan digital serantau, memperkukuhkan asas negara anggota dan pembentukan semula ekonomi ahli sambal mengamalkan kebergantungan di atas satu sama lain.
BACA JUGA: Surat bapa Altantuya dibaca di mahkamah, hukuman gantung Azilah diganti penjara 40 tahun