Mencurah rezeki Fattah sekarang, kreatif pula cara naikkan semangat

Aktor popular Fattah Amin terus meraih sokongan banyak pihak dan disifatkan meraih rezeki yang mencurah selepas bercerai.

Bekas suami kepada Nur Fazura berkenaan memenangi hadiah wang tunai RM1,000 apabila memenangi pertandingan Run Challenge anjuran Radio ERA hari ini.

Fattah dalam acara larian yang tidak dirancang itu terlebih dahulu berjaya tiba di garisan penamat semasa bersaing dengan penyampai radio, Nabil Ahmad.

Menurut Fattah yang juga hero filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, beliau teruja dapat menyertai pertandingan santai itu dan bertemu kenalan lamanya, penyampai radio Era, Radin.

“Hari ini saya datang ke konti radio ERA untuk mempromosikan kempen Tabik Wira Kita.

“Alhamdulillah, terima kasih banyak kepada radio Era, termasuk rakan penyampai radio dan kawan lama saya Radin, Pak Azad.

“Alhamdulillah, Nabil bagi saya peluang. Dia bagi saya menang, dapat wang tunai RM1,000 daripada Pak Azad.

“Terima kasih banyak-banyak,” katanya selepas tamat acara Run Challenge, dipetik Awani.

Rata-rata warganet terus menyokong Fattah,34, selain memuji pendekatan Radio Era yang disifatkan membantu menaikkan semangat bapa kepada Nur Fatima Aisya, 4, itu.

Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari selepas tujuh tahun berumah tangga.

@era.je

Steadylah @fattahaminz ,dia sprint tau kat last corner tu. Ramai betullah eh team Fattah bersorak untuk dia harini. Biasa lengang je depan jalan ni😂 #sharERA #3PAGIERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

BACA JUGA Guna air parit cuci kuali, simpan sayur dalam tandas: Ini penegasan KKM