Taufan Milton ganas membadai Florida, aksi degil lelaki ini mengejutkan
Tular beberapa rakaman video memaparkan bencana Taufan Milton membadai Florida di Amerika Syarikat (AS) malam tadi.
Taufan berformasi tengkorak yang membadai pantai dengan angin kencang melebihi 161 kilometer sejam itu bagaimanapun tidak mencemaskan semua penduduknya.
Semasa lintas langsung sebuah stesen penyiaran, seorang lelaki di Florida dilihat selamba berjoging di kawasan berpenduduk padat, Tampa di tengah-tengah Taufan Milton.
Dalam masa sama, masih terdapat pemandu kenderaan di sekitar kawasan rempuhan taufan yang telah dinaik taraf sebagai taufan kategori lima.
Milton merupakan taufan kelima yang mendarat di AS tahun ini.
Pada 7 Oktober lalu, dilaporkan sekurang-kurangnya 232 terbunuh di enam negeri akibat Taufan Helene iaitu Florida, Georgia, South Carolina, Tennessee, Virginia dan North Carolina.
Helene muncul sebagai taufan kedua paling maut melanda AS dalam tempoh 50 tahun lalu.
Sementara itu, CNN melaporkan Taufan Milton yang membanjiri Florida telah meragut beberapa nyawa di St. Lucie County, Florida, akibat rempuhan puting beliung.
Taufan Milton telah menurunkan hujan kira-kira 41 sentimeter di St. Petersburg bersamaan hujan untuk lebih daripada satu dalam tempoh 1,000 tahun untuk kawasan terbabit.
BACA JUGA Mangsa banjir Kedah terus meningkat cecah 3,581 orang, 5 sungai lepasi paras bahaya