Ulama Pas nafi nak tolong Fazura, itu akaun palsu

Pemimpin Pas, Mohkhar Senik menafikan hantaran Facebook sebuah akaun yang mendakwa dirinya menawarkan khidmat kata-kata semangat kepada pelakon Nur Fazura yang baru sahaja bercerai.

Beliau terkilan dengan individu yang sanggup membuat akaun palsu atas namanya sedangkan beliau mendakwa tidak membuat kesalahan peribadi terhadap individu tersebut.

Beliau juga berdoa agar individu tersebut dicacatkan tangannya dan direntap kebahagiaan saat mereka sedang bergembira dengan kerja-kerja jahat mereka.

“Ya Allah aku tidak kenal mereka semua dan siapa yg membuat akaun palsu atas nama ku ini. Sedangkan aku tiada apa-apa kesalahan atas peribadi setiap mereka. 

“Aku tidak kenal.. Namun engkau kenal mereka Ya Allah. Aku mohon demi kebesaran dan keadilan Mu Ya Allah. Cacatkan lah tangan-tangan mereka. 

“Timpakan mereka kepayahan dan kesusahan dalam keluarga mereka. 

“Aku serahkan ubun-ubun mereka kepadamu Ya Rabb. Kerana engkau lah Tuhan ku dan Tuhan mereka. Sesungguhnya janji mu itu sangat dekat. Sentap lah kebahagiaan mereka saat mereka bergembira dengan kerja-kerja jahat mereka,” doanya di Facebook.

Ulama Pas itu turut menyertakan tangkap layar sebuah akaun Facebook bernama Mokhtar Dup yang memuat naik hantaran mengatakan beliau redha jika ditakdirkan hidup dengan Fazura.

Hantaran palsu itu tertulis, “Ana bersedia memberikan kata-kata semangat dan dorongan jika diperlukan. Jodoh ketentuan Allah. Ana redha jika ditakdirkan hidup dengan Faz. InsyaAllah ana akan membimbing ke jalan yang benar”.

Ia mendapat ratusan tanda suka dari pengguna media sosial dan komen-komen sindiran.

Mokhtar Senik sebelum ini berdepan kontroversi memalukan yang berkait dengan wanita, menyebabkan sehingga ke hari ini dia disindir dengan hal sedemikian.

BACA JUGA Lima perkara dilakukan Anwar sehingga diangkat pemimpin Islam paling berpengaruh

Â