Dr Dzulkefly iltizam noktahkan projek sakit babit fasiliti KKM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menyatakan iltizamnya untuk segera menokhtahkan projek-projek sakit membabitkan fasiliti di bawah kementerian kesihatan.

Ikrar itu dinyatakan beliau selepas menerima kehadiran Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ir. Abu Bakar Abdul Aziz ke kementerian itu petang tadi.

Dzulkefly dalam hantaran di Facebook menyatakan sepenuh komitmen untuk memastikan seluruh fasiliti KKM mencapai tahap hijau, cekap tenaga, dan mampan secepat mungkin

“Fungsi KKM masih amat bergantung kepada fasiliti, khusus di kawasan luar bandar. 

“Akses oleh masyarakat di kawasan tersebut masih banyak bergantung kepada pengangkutan khas seperti bot dan ambulans udara.

“Oleh itu, fasiliti KKM haruslah berada dalam keadaan terbaik, mudah jangkau, dan mampu memenuhi keperluan setempat.

“Ayuh kita bekerja! Noktahkan projek-projek sakit, tiada kompromi dalam soal kelewatan yang mengganggu misi ini,” ujarnya.

BACA JUGA Menjelang Belanjawan 2025: Apa ‘hadiah’ dinantikan Gen Z dari kerajaan?

Â