Ratusan berarak ke kedutaan AS sempena memperingati setahun Gaza diserang
Himpunan Mega Rakyat Malaysia Bangkit ‘Free Palestine’ yang disertai Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berarak ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat sebaik selesai menunaikan solat Jumaat tadi.
Ia bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin yang kini angka kematian sudah mencecah 42,010, dengan tambahan 97,720 individu mengalami kecederaan.
Peserta himpunan dilihat berarak sambil mengibarkan bendera Palestin dan Malaysia.
Mereka juga membawa plakad ‘solidariti bersama Palestin’.
Himpunan sempena memperingati setahun kekejaman Israel terhadap Palestin itu menyaksikan ratusan peserta hadir.
Turut hadir dan berucap adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi serta bekas naib presiden PKR Tian Chua.
Peserta himpunan berkumpul secara aman sebelum bergerak ke kedutaan Amerika Syarikat.
BACA JUGA Apa nasib RUU 355? Menteri Na’im Mokhtar ada jawapannya
Â