Pas tunggang agama bukan ikut cara agama
OLEH AHMAD MURSI
Hal seperti ini berlaku sepanjang sejarah. Bukan sahaja dalam Islam (seperti PAS), juga agama lain Christianity, Judaism (seperti Zionis).
Pas kata nak tegak Islam, mungkin hasyrat tu suci, tapi banyak tindakannya tidak islamik dan berdosa.
Maki hamun, cerai berai, putus persaudaraan, kafir mengkafir, buat dosa besar Qazaf, aib peribadi, label orang dengan nama binatang, dajal, munafik dll.
Kalau bab fikh ibadah misalnya, boleh pula khilaf. Tapi bila bab siyasah, tak boleh khilaf langsung. Hitam atau putih. ‘PAS atau puak sekular’, ‘pihak Islam atau lawan Islam’.
Kalau sokong parti tak ada label Islam, maka dikira sekular dan tak sokong Islam. Pas telah jadikan parti politik sebagai anutan agamanya.
Sedangkan Islam adalah agama yang sentiasa betul. Individu Muslim yang mentafsirkan agama tu boleh jadi betul, boleh jadi salah.
Kemudian, nak kuatkan naratif untuk paksa orang Islam sokong, dicipta isu akidah, sekular, ‘Islam Liberal’, isu agama, tujuan nak kafirkan lawan politik. Ini penyakit Khawarij.
Ijtihad agamawan Pas semua dianggap betul dan tak boleh disangkal. Kritik tu dianggap dosa lawan Ulama dan lawan Islam. Tak ada Ulama besar yang sebenar-benar Ulama buat perangai macam tu.
Bab siyasah hal ijtihadi ikut maslahah yang banyak tafsiran, bukan hal yang Qat’iy (tetap dan putus) seperti isu solat subuh dua rakaat, zohor empat.
Pas kata nak tegak negara Islam. Negara Islam bagaimana? Apa beza Kerajaan Tebok Atap Haji Hadi dengan kerajaan Madani? Apa yang Islamnya? Tanya hal Hudud pun dianggap ‘Soalan Syaitan’, cabutan judi dinaikkan.
Adakah bila agamawan Pas dilantik dalam jawatan kerajaan (duta khas misalnya), automatik jadi Negara Islam? Pas paling banyak kerusi pun, calon PM bukan agamawan Pas tapi Mahiaddin dari parti ‘sekular’.
BACA JUGA Menjelang Belanjawan 2025: Apa ‘hadiah’ dinantikan Gen Z dari kerajaan?
Â