Scam: Orang termasuk syarikat, pertubuhan?

Orang turut ditafsirkan sebagai syarikat dan pertubuhan dalam usaha mencegah aktiviti scam, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Azalina Othman Said.

“Kerajaan telah pun meminda Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen 424(a), 424(b) dan 424(c) menjenayahkan penggunaan akaun keldai.

“Di dalam Seksyen 11 Kanun Keseksaan orang ditafsirkan sebagai termasuk syarikat dan pertubuhan. Ia telahpun ditangani termasuk syarikat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) di Dewan Rakyat

Sementara itu dalam soalan susulan Khoo membangkitkan keperluan untuk mengawal bank atas talian dan digital bank dalam keadaan di mana sindiket tertentu mengambil wang dari akaun mangsa.

Menjawab soalan tersebut, Azalina berkata data bank telah diambil oleh pihak ketiga.

Beliau berkata undang-undang jenayah atas talian akan diwujudkan.

BACA JUGA: Sediakah kerajaan pinda Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah untuk tangani sindiket scammer?

Â