Media Thailand anggap Malaysia pesaing menakutkan

Stesen televisyen Thailand, TNN menganggap Malaysia sebagai pesaing yang menakutkan, melihat kepada prestasi pelaburan asing yang masuk ke negara ini.

Media luar itu melaporkan, walaupun syarikat teknologi gergasi turut melabur ke Thailand, namun ia tidak mampu mengalahkan Malaysia yang mengikat pelaburan jauh lebih tinggi.

Stesen itu turut membandingkan jumlah pelaburan diperoleh Thailand berbanding Malaysia.

“Jika melihat kepada pesaing kita di dalam bidang mengekstrak duit dari negara asing, Malaysia boleh dikira sebagai pesaing yang menakutkan

“Contohnya syarikat teknologi gergasi dari negara luar. Mereka mengumumkan untuk melabur dalam pembinaan pusat data di Malaysia dan Thailand. 

“Syarikat-syarikat ini mempunyai visi jelas dan telah melabur lebih besar di Malaysia berbanding di sini,” kata pengacara TNN.

Pelaburan keseluruhan syarikat teknologi dunia ke Malaysia setakat ini berjumlah AS$16.9 bilion atau RM70.3 bilion.

Selain menjadi hub kecerdasan buatan, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam membekalkan cip semikonduktor kepada syarikat gergasi yang berpengkalan di dua kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat dan juga China.

BACA JUGA Media Indonesia tanya macam mana Malaysia tarik pelaburan syarikat gergasi?