RUU Majlis Media Malaysia akan dibentangkan dalam mesyuarat parlimen kali ini
Rang undang-undang Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat parlimen kali ini tetapi ia tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri.
“Draf RUU MMM yang telah dipersetujui secara bersama telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan terakhir sebelum Memorandum Jemaah Menteri mengenai RUU tersebut disediakan,” ,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.
“RUU ini dijangka dibentangkan dalam mesyuarat Parlimen kali ini tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri
“Kementerian ini juga telah selesai melaksanakan proses Analisis Impak Peraturan (RIA) bagi penubuhan MMM.
Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada persoalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkenaan status terkini penubuhan Majlis Media Malaysia.
BACA JUGA: Laksana tindakan tidak popular, kerajaan usaha tangani maklumat bahaya di media sosial