Wan Fayhsal kena ‘balun’ selepas persoal Rafizi belanja hampir separuh juta ringgit sejak 2020
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat kena ‘balun’ dengan warganet selepas mempersoal perbelanjaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk pengiklanan posting di media sosial.
Dia turut berkongsikan tangkap layar satu penyata atas nama Menteri Ekonomi berkenaan yang terpampang jumlah RM403,492 bermula 4 Ogos 2020 hingga 12 Oktober lalu.
“Rafizi Ramli kata tak mahu bazir duit tapi dia sanggup belanja hampir separuh juta ringgit sejak 2020 untuk iklankan posting di media sosial.
“Kalau tak mahu berbelanja besar media arus perdana boleh saja kita berdebat di platform yang lebih “ekonomi” seperti di Debat Sinar.
“Takkan itu pun Menteri tak mampu tanggung! Yang penting bagi jadi! Lawan dulu baru sembang saudara!” kata Wan Fayhsal.
Kenyataan pemimpin muda Perikatan Nasional (PN) berkenaan susulan sindiran Rafizi yang menganggap Wan Fayhsal “kemaruk sangat nak masuk TV”.
Sebelum ini, Wan Fayhsal menolak pelawaan Rafizi untuk berdebat menerusi audio siar sebaliknya mahu debat secara langsung di TV arus perdana.
Walau bagaimanapun, Rafizi berkata, debat menerusi TV adalah mahal kerana perlu membayar masa siaran (airtime) jika di saluran swasta manakala jika menerusi RTM, rakyat pula perlu membayarnya.
BACA JUGA Selepas seminggu direman, ahli perniagaan dikait skandal rasuah MBI ditahan semula