Status Malbatt, kematian pakar patologi Hospital Lahad Datu tumpuan Dewan Rakyat

Status keselamatan pasukan Battalion Malaysia (Malbatt) di dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) menjadi salah satu isu yang dibangkitkan dalam waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Soalan tersebut dibangkitkan oleh Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) dalam konteks serangan dan amaran Israel kepada UNIFIL agar meninggalkan Lubnan dalam keadaan konflik Israel – Hizbullah.

Kematian pakar perubatan patologi di Hospital Lahad Datu yang dikatakan dibuli pula dibangkitkan oleh Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) kepada Menteri Kesihatan.

Isu kehilangan kanak-kanal pula dibangkitkan oelh Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit).

Sesi pertanyaan lisan pula bermula dengan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) menyoal keberkesanan KL Strike Force dalam keadaan keadaan kebanjiran penjaja warga asing dan masalah sosial yang mereka timbulkan.

Datuk Haji Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) bertanya berkenaan usaha membentangkan pindaan RUU 355 bagi mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

RUU 355 ialah RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang mengehadkan hukuman maksima yang boleh diberikan oleh mahkamah syariah.

BACA JUGA: Menteri dedah ada orang cuba intai pusat perlindungan tempatkan kanak-kanak GISBH

Â