Jauh sangat beza kebijaksanaan PM dengan pembangkang

Oleh AHMAD MURSI

Bahasa yang baik ini dinamik, akan terus hidup dan berkembang. Sebaliknya, yang mati, jumud dan beku, hanyalah otak walaun.

‘Ketimbang’ bahasa Melayu juga, tetapi digunakan di Indonesia daripada bahasa Jawa. Maksudnya ‘berbanding dengan’ atau ‘daripada’.

Kalaupun tiada dalam kamus BM waktu ini, tidak bermaksud kita tidak boleh kembangkan dan masukkan.

Banyak perkataan dalam kamus tidak wujud pun 10 hingga 20 tahun dulu dan diceduk dari bahasa lain seperti ‘Log Masuk’, ‘swafoto’, ‘penstriman’, ‘e-dompet’, ‘tular’ dan lain-lain.

Bahasa Latin contoh bahasa yang mati dan tidak berkembang walaupun menjadi bahasa rasmi Empayar Rom.

Pemimpin hebat yang ‘visionary’, ada wawasan jauh ke depan mahu melihat bahasa dan budaya masyarakat kita berkembang.

Pemimpin jumud pula, akan menarik masyarakat ke belakang dan gagal memahami realiti semasa.

Jika kita belajar banyak kosa kata baru dalam ucapan PMX, kita juga belajar banyak perkataan ‘tradisional’ dari ucapan Haji Hadi seperti kerengga, ikan seluang, kera dan tupai, dajal, itik tempang dan lain-lain.

Kalau dengar ucapan PMX dalam bahasa Inggeris, ramai yang kena buka semula kamus walhal hari-hari bertutur.

Kita pilihlah nak ikut siapa sama ada pilih untuk jadi lebih cerdik atau lebih dungu.

Orang yang kaya kosa kata, biasanya kerana banyak membaca.

Jadi, mereka tidaklah perlu menegakkan hujah atau menyampaikan mesej dengan bahasa kesat, mencaci, mencarut, melabel dan lain-lain.

BACA JUGA Dakwaan kasari peniaga, polis buka dua kertas siasatan terhadap pegawai MB Kedah

Â