Maksud ketimbang ‘kencing, tipu & sembang’ memalukan MP pembangkang, bazir masa dan wang rakyat

OLEH: NORMAN RADZUAN

“Ketimbang, ketimbang ini, saya check (semak) dlm Kamus Dewan tiada maksud ketimbang. Tapi saya baca dlm Internet, maksud ketimbang ini adalah kencing, tipu & sembang” kata MP Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu).

Memalukan… ingatkan bila ada kemudahan Internet dan menggunakan Google untuk carian tersebut, Rosol Wahid boleh dapat maklumat yang tepat. Rupa-rupanya dengan bantuan Google dia masih ‘bebal’ untuk mencari maksud tersebut. Salahkan diri sendiri jika buta IT.

Nak tanyamu taip apa dekat Google tu Rosol? Mu buat malu org Hulu Terengganu je dapat wakil rakyat yang nak Google pun tidak tahu.

Bila kita Google mudah sahaja untuk kita temui maksud tersebut. Ketimbang itu bahasa Melayu yang popular digunakan bangsa Indonesia yang bermaksud perbandingan atau ayatnya berbanding dengan. Jadi apa isunya?

Sebenarnya sejak zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan 1.0 lagi beliau banyak menggunakan bahasa-bahasa sastera atau yang dicampur aduk dengn bahasa Melayu Indonesia.

Terbaru Anwar menggunakan:

  1. Marcapada – dunia masa kini
  2. Arakian – maka
  3. Taakul – membuat pertimbangan
  4. Intiha – penutup
  5. Mahsul – hasil
  6. Kesenjangan – ketidakseimbangan
  7. Sementelahan – tambahan pula
  8. Walhasil – kesimpulannya

Malah dahulu beberapa kali Dewan Bahasa dan Pustaka memasukkan perkataan baharu dalam Kamus Dewan Bahasa kerana Anwar mempopularkannya.

Ketika Anwar digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri beliau menggunakan kata kroni, korupsi, nepotisme, kebejatan dan banyak lagi hingga ia menjadi kebiasaan.

Tandanya apa? Maksudnya Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini orangnya berilmu, orangnya kuat membaca dan bukan seperti PM sebelumnya yg hanya membaca PDF.

Sebenarnya kita telah lama menggunakan bahasa ‘pinjaman’ atau bahasa ‘celup’ yg digunakan seharian. Cuma kita tidak mengkaji. Contoh:

Cawan dari bahasa Mandarin cháwăn
Dekan dari bahasa Portugis
Denda dari bahasa Sanskrit danda
Falsafah dari bahasa Arab
Gajah dari bahasa Sanskrit gaja
Kuih dari bahasa Hokkien kué
Lobak dari bahasa Kantonis Lo baak

Ada ribuan bahasa yang kita gunakan dari bahasa pelbagai negara termasuk bahasa-bahasa penjajah kita. Tidak menjadi isu pun bezanya bahasa Melayu Indonesia yang Anwar gunakan masih baharu didengar.

Bahasa Melayu merupakan loghat utama yg diguna di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan Selatan Thai. Ia sebenarnya bahasa serumpun di mana ia digunakan hingga ke Filipina, Selatan Vietnam dan hingga ke Madagascar.

Namun pada 1928 di Indonesia mereka menjenamakan bahasa mereka bahasa Indonesia sebagai bentuk persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia yg memiliki khazanah tersendiri.

Di Sabah bahasa Melayunya lebih kepada bahasa Melayu Indonesia. Namun kita tetap memahaminya kerana asalnya bahasa Melayu serumpun.

Anda masih bahasa Melayu dikatakan hanya mempunyai 3 bahasa sahaja iaitu babi, batu dan kayu? Lain semua pinjaman dari bahasa India.

Tidak benar kerana sebenarnya kita juga meminjam dari bahasa Inggeris, Arab, China dan banyak lagi. Bahasa Melayu dikatakan bahasa celup itu tidak boleh dijadikan hujah yg tepat kerana bahasa Melayu juga mempunyai identitinya tersendiri.

Lagipun bahasa Inggeris yg menjadi bahasa antarabangsa dunia dikhabarkan 56% kosa bahasanya adalah dari bahasa Romance merujuk kpd bahasa Latin.

Bahasa Inggeris turut ‘celup’ bahasa France, Portugis dan Sepanyol. Sebab itu bangsa France anggap bahasa mereka lebih tinggi darjatnya dari bahasa Inggeris.

Begitu juga bahasa Sepanyol yang dicelup ke dalam bahasa Inggeris. Sedangkan dalam masa sama banyak bahasa Sepanyol yang dicelup dari bahasa Arab yang pernah menjajah negara ini.

Begitu juga Bahasa Cina banyak digunakan oleh Jepun dan Korea. Jadi bab bahasa ini tiada sempadan dan tidak perlu dipersendakan atau menjadi isu untuk dibawa ke dalam parlimen kerana ia hanya memperlihatkan kita manusia yang tidak berilmu.

Saya melihat apabila Rosol menterjemahkan maksud ketimbang itu begitu yakin dengan perkataan yang sungguh memalukan sehingga di sebelahnya Syahir Sulaiman (PN-Bachok), berasa sangat malu dengan Rosol.

Satu petikan sinis dari Charles Bukowski, “The problem with the world is that the intelligent people are full of doubts, while the stupid ones are full of confidence.”

Isunya apa yang rakyat dapat bila MP pembangkang memainkan isu bahasa ini? Yang jelas pembangkang tiada idea untuk perbahasan bajet hingga terpaksa memainkan isu-isu yang remeh yang hanya membazirkan masa Dewan sekaligus wang rakyat.

Kualiti pembangkang sangat memalukan dan saya bersetuju kita bukan mendapat pembangkang tetapi pembangang di mana selain isu perkauman mereka hanya memainkan isu-isu yg tidak memberi sebarang nilai untuk rakyat.

“Ada beberapa inisiatif yang diumumkan yang perlu kita iktiraf bahawa ia adalah inisiatif yang baik,” ujar Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor.

Rajin-rajin membaca, rajin-rajin duduk dengn bijak pandai agar kita mendapat ilmu darinya. Jika kita berterusan duduk di kelompok yng bebal, kita akan lihat satu jalan kegelapan iaitu kebebalan.

BACA JUGA: 4 sebab pembangkang patut cermin diri sebelum mengata PMX