PM Anwar: Lantikan politik ke GLC dibenarkan tapi…
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lantikan politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibenarkan.
Hanya lantikan politik sebagai lembaga pengarah syarikat kewangan tidak dibenarkan
“Semua pelantikan akan melalui proses termasuk semakan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara SPRM dan polis untuk memastikan rekod bersih.
Kedua, mereka yang dilantik adalah professional, Sama ada mereka mempunyai kedudukan politik atau tidak bukan persoalannya. Sesiapa sahaja yang layak… kita tidak bezakan sama ada orang politik atau tidak.
Ada pengecualian dalam beberapa bidang termasuk institusi kewangan dan beberapa agensi lain, ia tidak membenarkan pelantikan ahli politik sebagai lembaga pengarah.
“Ia (syarat) tegas dan kita ikuti prinsip yang dibuat oleh Bank Negara.”
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Hasan Karim (PH-Pasir Gudang) berhubung lantikan politik ke dalam GLC.
BACA JUGA: PM: Audit ke atas GLC akan menyebabkan kejutan