PM: Audit ke atas GLC akan menyebabkan kejutan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan diaudit Jabatan Audit Negara dan laporan tersebut akan menjadi kejutan.

“Semua GLC diaudit… akan menjadi kejutan.

“Walaupun saya terima kita tak boleh samakan GLC dengan agenda PMKS, bumiputera dengan syarikat swasta.

“Prestasi harus dinilai. Tak boleh terus diberi bonus. Ini kita hentikan sejak tahun lalu.”

Beliau berkata demikian merujuk kepada syarikat yang tidak menunjukkan prestasi positif tetapi membayar pengarahnya dengan bonus yang tinggi.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) dalam sesi PMQT.

Terdahulu Anwar turut menyatakan bahawa pejabat penyelaras rasionalisasi badan berkanun turut diwujudkan dalam usaha meningkatkan prestasi.

“MAVCOM dan CAAM telah digabungkan. Perbadanan Halal dan Matrade disatukan.”

Beliau turut memberi contoh syarikat swasta yang menjadi contoh kejayaan hasil bantuan GLC.

“Syarikat Aerodyne di Malaysia. Google ambil dron dari Aerodyne.

“KWAP dan Khazanah Nasional yang bantu Aerodyne.”

BACA JUGA: Reformasi GLC, GLIC antara isu yang dijelaskan di dalam sesi PMQT

Â