Tahu tak? Kementerian Pertanian ada pelbagai kaedah mekanisme kawal bekalan sayur-sayuran
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga mempunyai mekanisme untuk mengawal bekalan sayur-sayuran agar harga terkawal dan stabil.
“Pada tahun 2023, pengeluaran sayur-sayuran tempatan direkodkan 1.16 juta tan metrik manakala 2.1 juta tan metrik sayur diimport, terutamanya sayur-sayuran temperate,” kata Menteri KPKM Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu jawapan bertulis kepada Cha Kee Chin (PH-Rasah).
“Bagi memastikan bekalan sayuran adalah stabil dan mencukupi, Jabatan Pertanian (DOA) melaksanakan pemantauan pengeluaran melalui Sistem AgrisGeoPortal iaitu unjuran pengeluaran berdasarkan trend pengeluaran tahunan yang mengambil kira faktor cuaca dan musim perayaan bagi membolehkan bekalan ditingkatkan melalui pengimportan atau penjadualan pusingan tanaman.
“Manakala, menerusi Sistem GeoTanaman, lokasi penanaman dan maklumat pengeluaran bagi membolehkan padanan pasaran dibuat di antara pengeluar, pembekal, pemborong dan peruncit.”
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula melaksanakan inisiatif berikut untuk memastikan kestabilan bekalan sayuran di pasaran mengurangkan kejatuhan harga jualan di peringkat ladang:
(i) Khidmat Pemasaran Ladang Kontrak (KPLK) yang memberi jaminan pasaran melalui Perjanjian Jual Beli (Forward Agreement – FA) dengan penawaran insentif harga lantai bagi komoditi terpilih
(ii) Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) yang bertujuan untuk membangunkan rakan strategik pemasar yang berperanan memperkukuhkan rantaian pemasaran hasil pertanian tempatan.
(iii) Outlet pemasaran yang merupakan platform jualan terus sayur-sayuran pada harga yang munasabah dan pengguna dapat membeli pada harga yang berpatutan menerusi outlet pemasaran jualan terus kepada pengguna seperti Pasar Tani, Pasar Tani Kekal dan Agrobazaar;
(iv) Jualan Agro Madani iaitu luang pasaran alternatif kepada petani untuk memasarkan hasil pertanian terus kepada pengguna dengan sasaran 5,000 sesi sepanjang tahun 2024;
(v) Pusat operasi yang berperanan sebagai fasiliti pengedaran dan pemasaran untuk mengumpul, mengedar dan memasarkan hasil keluaran pertanian bertujuan untuk mengurangkan kos operasi yang ditanggung oleh petani/pengeluar.
BACA JUGA: KP Pas tak buat ‘fact check’, sindir pimpinan sendiri isu hapus hutang PTPTN
Â