Jadi ahli kumpulan jenayah terancang, ini tuduhan dihadapi CEO GISBH dan 21 individu

Didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Itu pertuduhan dihadapi Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali bersama 21 yang lain, hari ini.

Kesemua mereka terbabit didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Semua tertuduh menjawab memahami pertuduhan yang dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.

Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes membabitkan Akta SOSMA adakah dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Peguam Datuk Rosli Kamaruddin yang mengetuai barisan pembelaan mewakili semua tertuduh, memohon panduan dari mahkamah mengenai soal jaminan kerana pertuduhan kerana kes akan dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Urusan jaminan akan dilakukan di Mahkamah Tinggi, menurut hakim.

GISBH menggemparkan negara apabila terbongkar penganiayaan kanak-kanak termasuk salah laku seksual di rumah jagaan berkaitan syarikat yang terpalit dengan ajaran sesat itu.

Seramai 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun diselamatkan pihak polis.

Mereka terbabit dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.

BACA JUGA Isu waktu masuk keluar hotel: Ini jawapan Menteri Pelancongan

Â