Bersediakah KL untuk ASEAN 2025, Tahun Melawat Malaysia 2026?
Tahap kesediaan Kuala Lumpur dalam menerima Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026 disoal oleh Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) dalam keadaan isu banjir kilat masih belum diselesaikan dan boleh menjejaskan imej serta persiapan negara negara untuk acara-acara tersebu ialah antara isu yang dibangkit kan dalam waktu pertanyaan menteri.
Ia merupakan antara isu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.
Pelancaran skim insurans sosial komprehensif untuk melindungi pekerja berpendapatan rendah dibangkitkan oleh Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) kepada Menteri Sumber Manusia Sim Chee Keong. Persoalan tersebut dibangkitkan memandangkan kos sara hidup meningkat dan mengurangkan kemampuan mendapatkan insurans kesihatan yang sewajarnya.
Wong Shu Qi (PH-Kluang) bertanya berkenaan usaha – usaha yang dilakukan untuk mengelakkan kebergantungan industri pertanian terhadap warga asing yang mengakibatkan pelbagai masalah terutamanya yang berkaitan sekuriti makanan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
BACA JUGA: Status Malbatt, kematian pakar patologi Hospital Lahad Datu tumpuan Dewan Rakyat