DBP siar maksud ‘ketimbang’, pembangkang pula alahan ‘menggelupur’

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini berkongsikan perincian mengenai “ketimbang” yang sinonim dengan “daripada” termasuk contoh penggunaan kata tersebut.

“…menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu,” menurut keterangan dikeluarkan badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan itu.

Turut dimaklumkan bahawa kata yang digunakan Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lepas itu akan dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua.

Walau bagaimanapun, rata-rata penyokong parti pembangkang nampaknya seolah-olah mengalami alahan dan ‘menggelupur’ dengan perkataan tersebut.

Mereka dilihat mengitar semula ejekan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa maksud ketimbang adalah “kencing, tipu dan sembang”.

Dilihat sudah tiada modal lain untuk menyerang kerajaan MADANI, pembangkang membanjiri ruangan komentar bagi hantaran DBP berkenaan maksud “ketimbang” itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri pernah memberi penjelasan di Parlimen mengenai maksud ketimbang.

“Ini kena belajar bahasa sedikit. Contohnya, maksud ketimbang. Saya tanya Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ini dia ikut zaman.

“Apa yang dimaksudkan ketimbang adalah keperihalan keadaan. Ini teori bahasa. Context of situasion.

“Orang guna kemudian kita guna. Dulu tak ada alaf, tak ada ketelusan, tak ada mampan, tapi sekarang ada,” jelas Perdana Menteri lagi.

BACA JUGA Menteri Kesihatan ketengahkan Rakan KKM

Â