Ini 7 kawasan dijangka alami cuaca panas tiga hari

Amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini melibatkan tujuh kawasan di Semenanjung.

Kawasan yang terlibat ialah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang.

MetMalaysia menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tuga hari berturut-turut di kawasan terbabit.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas untuk maklumat terkini status mengenai cuaca panas harian.

BACA JUGA Menteri tegur intelektual populis ulas isu di luar bidang kepakaran

Â