Pelajar Indonesia ini dedah kenapa teruja dapat guna Proton Satria di Malaysia

Siapa sangka kereta jenis Proton Satria telah menarik minat jiran tetangga kita iaitu Indonesia sehingga mereka membuat keputusan untuk memiliki kenderaan tersebut ketika berada di Malaysia.

Menerusi perkongsian video di TikTok, dua orang mahasiswa Indonesia yang belajar di negara ini mendedahkan mengapa mereka amat meminati kenderaan keluaran tempatan itu.

Menurut salah seorang pelajar yang bernama Zaki, biarpun ada kenderaan lokal lain yang lebih baru, namun ia tidak mampu menandingi Proton Satria yang harganya lebih murah dan mampu untuk dimiliki.

Mereka juga tidak perlu menampung kos ‘pajak’ yang terlalu tinggi melibatkan perlindungan insurans dan cukai jalan setiap tahun.

Malah, ‘spare part’ kereta mudah dicari dan tidak menelan kos belanja yang besar.

Sementara itu, perakam video selaku seorang lagi pemilik kereta tempatan itu turut memaklumkan bahawa model Proton Satria 1.3 (C96) dan Proton Satria 1.8 GTi (C99) dimiliki mereka itu tidak dipasarkan ke Indonesia.

Kedua-dua pemilik itu bersetuju bahawa harganya yang murah serta kos penyelenggaraan tidak begitu tinggi menjadi punca mereka memilih untuk memakai Proton Satria sepanjang mengikuti pengajian di Malaysia.

BACA JUGA ADUN Pas sewa papan iklan tepi jalan untuk minta sumbangan

Â