Israel dakwa lancar serangan ke atas Iran

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengakui sedang “melakukan serangan tepat ke atas sasaran tentera di Iran.”

Jurucakapnya, Daniel Hagari berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan laporan letupan yang kedengaran di Tehran.

Menurut IDF, serangan itu sebagai tindak balas terhadap Iran yang “tidak henti-henti menyerang” Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.

“Seperti setiap negara berdaulat lain di dunia, Israel mempunyai hak dan kewajipan untuk bertindak balas,” tegas Hagari.

Memetik Agensi, IDF juga memberi amaran bahawa “keupayaan pertahanan dan serangannya digerakkan sepenuhnya di Iran.”

Sementara itu, Al-Jazeera melaporkan “gelombang kedua” serangan Israel ke atas Iran telah bermula dengan letupan dikatakan menggegarkan bandar Shiraz di selatan negara itu, memetik News 12 Israel.

Walau bagaimanapun, media negara pengganas itu tidak memberikan butiran lanjut dan tiada pengesahan rasmi.

Dalam masa sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini (IKIA) di Tehran terus beroperasi mengikut jadual, tanpa sebarang insiden keselamatan sehingga ini, lapor Al-Jazeera.

BACA JUGA Isu sijil halal: Teresa Kok saman fitnah Akmal Saleh