Pas di Kelantan bakal digegarkan oleh PKR?

PKR Kelantan bakal menggegarkan kerajaan negeri yang ditadbir Pas dalam usaha persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-16.

Menurut pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Nor, partinya juga akan menjuarai isu dan permasalahan masyarakat.

“Kerangkanya sudah ada tetapi tidak boleh kita menguar-uarkan lagi. Ini sudah kita putuskan apabila kita berbincang dengan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan pada 4 November nanti,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Jalinan Mesra Antara Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan dengan pengamal media negeri ini malam tadi.

Beliau percaya partinya di Kelantan akan dapat memberi khidmat terbaik dalam mengetengahkan dasar kerajaan Madani sebagai wakil kerajaan persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dasar kerajaan Madani membawa perubahan kepada tata kelola dan sistem untuk menjadikan negara ini lebih baik serta meletakkan masyarakat marhaen sebagai perkara Utama, tambahnya.

PKR Kelantan juga sudah meletakkan satu parameter untuk berbincang dengan parti-parti komponen kerajaan perpaduan berkenaan apa hala tuju dan strategi untuk menawan negeri ini.

“Kita juga akan menonjolkan tokoh-tokoh muda dan wanita untuk diangkat sebagai pemimpin dalam menjayakan misi menawan Kelantan,”

Untuk rekod, parti Kerajaan Perpaduan diwakili oleh Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (BN-Nenggiri), Dr Hafidzah Mustakim (PH-Kota Lama) dan Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas).

BACA JUGA: PRN Sabah: PKR kekalkan pakatan dengan GRS, BN?

Â