Pemilihan PKR wajar disegerakan: Anwar
Pemilihan dalam PKR perlu disegerakan agar ruang kerjasama tenaga muda dan pemimpin lama dapat dibuka dan digandingkan untuk menguruskan parti dengan lebih berkesan, kata presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keputusan untuk tidak menangguhkan pemilihan telah diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR semalam kerana Tarikh untuk PRU 16 masih jauh.
“Ada keperluan membina generasi dalam kalangan angkatan muda, wanita. Mereka mesti diberi lebih ruang, cabang-cabang juga begitu, jadi kita harus melihat kemungkinan menyegerakan pemilihan parti.
“.. tetapi tidak dengan cara dahulu, hiruk pikuk dan kacau bilau.
“Kena ikut peraturan, jadi kita sedang kaji (mekanisme pemilihan),” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perasmian Konvensyen Keadilan Perak di Ipoh hari ini.
BACA JUGA: Pas di Kelantan bakal digegarkan oleh PKR?