Bagaimana sesuatu kesalahan boleh diklasifikasi sebagai kesalahan 3R? Menteri jelaskan

Kesalahan yang melibatkan isu 3R adalah berpandukan Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Takrifan berbeza mengikut akta-akta tersebut.

Di Bawah Akta Hasutan, kecenderungan menghasut ditakrif sebagai mendatangkan kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada raja dan negara;
membangkitkan rakyat untuk melakukan perubahan ecara tak sah di dalam wilayah raja atau kerajaan;
menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri;
mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan;
mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulis kepada Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas).

Di Bawah Kanun Keseksaan pula seksyen 298 (kesalahan berkaitan dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang) dan seksyen 298A, Kanun Keseksaan (iaitu kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni)

Seksyen 505 (c) pula adalah berkaitan kenyataan khianat awam yang mengapikan golongan tertentu.

Ada dua seksyen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang meliputi 3R iaitu seksyen 211 – larangan terhadap pemberian kandungan jelik dan seksyen 233 – pneyalahan gunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian.

Berhubung jumlah kes pula, sebanyak 506 kes 3R disiasat sejak tahun 2022 sehingga 30 Sept manakala 42 telah dituduh di mahkamah.

BACA JUGA: Isu 3R: Kertas siasatan Muhyiddin dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara

Â