Berhimpun tanpa permit, dua ADUN Pas sah dipanggil polis
Susulan perhimpunan yang diadakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan minggu lalu, polis mengesahkan telah memanggil dua ADUN Pas yang disyaki terlibat untuk membantu siasatan.
Dua ADUN tersebut adalah Razman Zakaria yang juga Pesuruhjaya Pas Perak dan ADUN Gunung Semanggol; serta Adun Selinsing, Sallehuddin Abdullah.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, selain mereka terdapat tiga lagi individu yang difahamkan dari parti itu telah dirakam percakapan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, semalam.
Beliau pada sama menafikan dakwaan siasatan dibuat kerana kesalahan mengibarkan Jalur Gemilang.
Sebaliknya perhimpunan didapati tidak menghantar pemakluman kepada polis.
“Berdasarkan kesalahan, kes disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Himpunan Aman 2012, kerana berhimpun selain berucap tanpa kebenaran,” katanya dalam satu video sidang media petang tadi.
Terdahulu, perhimpunan mengibarkan Jalur Gemilang itu diadakan sebagai reaksi kepada sekumpulan pelancong China yang mengibarkan bendera negara mereka di sini.
Setakat ini kata Azizi, lapan laporan polis diterima pihaknya berhubung himpunan tersebut, selain kertas siasatan akan dirujuk kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak untuk tindakan lanjut.
BACA JUGA Gempar! Kartel bekal baja padi terbesar bernilai RM1.8 bilion dibongkar SPRM
Â