Nak bantu pesawah? Apungkan harga beras tempatan

Oleh AHMAD MURSI

Ahli Parlimen Arau bangkitkan nasib pesawah. Kilang beli padi murah. Dari RM1,800 per tan turun RM1,400.

Katanya, kos baja naik, kos jentera naik semua naik. Untung petani makin kecil dengan kos sara hidup makin naik.

Petani jual padi kepada kilang yang menawarkan harga paling tinggi.

Namun, kilang yang beli mahal, kena jual mahal. Ada kilang campurkan beras dan jual sebagai beras import. Praktis ini sudah lama.

Nak semak beras itu campur atau tidak, kena buat ujian DNA yang rumit dan mahal dan tidak praktikal untuk skala besar.

Bagaimana kilang nak beli mahal RM1,800 kalau selepas itu kena jual harga Beras Tempatan RM26? Margin kecil.

RM26 itu ditetapkan 16 tahun lepas 2008. Sejak itu, sudah berapa banyak inflasi. Nak galakkan petani terus menanam, kena apungkan harga atau naikkan harga.

Pengguna pula jangan ingat kos hidup mereka sahaja naik, kos pesawah kita juga naik. Yang kerja, ada gaji minimum dan progresif. Pesawah apa yang ada?

Itu pun kerajaan sudah bagi RM500 per tan untuk pesawah (dulu RM350), elaun sara hidup, selain subsidi input pertanian, maintainance saliran dan lain-lain. Sebanyak RM1.5 bilion kerajaan belanja 2023.

Secara purata, SSL Beras Tempatan dari 2000 hingga 2022 ini sekitar 65%. Nak cukupkan SSL 100% kena buat pelan jangka panjang, tak boleh buat dalam setahun dua.

Semua kerajaan sebelum ni ambil pendekatan import kerana kos lebih murah.

Mahiaddin kata zaman dia tak timbul pun masalah ini. Memanglah, harga beras import mula naik apabila India dan Thailand hentikan eksport tahun 2023 atas faktor cuaca, inflasi, keperluan dalam negara dan lain-lain.

Mungkin dia buat-buat bodoh atau mungkin macam Ku Li kata, dia ni lazy.

Mahiaddin, PN-Pas dan Kerajaan Tebok Atap pun tak buat plan jangka panjang cukupkan SSL 100% untuk food security. Kini bercakap macam hero.

BACA JUGA SG4 makin lesu, Kerajaan Madani terus bela kemajuan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis

Â