Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga jajahan pedalaman di Kelantan

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga jajahan di pedalaman Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Untuk rekod, Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan merangkumi separuh keluasan negeri Kelantan.

Kuala Krai di utara Gua Musang yang merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan pula berjiran dengan Jeli.

Cuaca sama sehingga jam 1 pagi ini juga dijangka berlaku di Sarawak meliputi Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis dan Telang Usan) dan Limbang.

Sementara itu di Sabah, melibatkan pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Semporna) dan Sandakan (Tongod).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut MetMalaysia.

BACA JUGA Tak sangka ini rupanya jumlah kerugian sebuah platform e-dagang fesyen dikait Khazanah, PNB

Â