Tak sangka ini rupanya jumlah kerugian sebuah platform e-dagang fesyen dikait Khazanah, PNB

Jumlah kerugian FashionValet, platform e-dagang fesyen pertama di negara ini yang diasaskan Vivy Yusof dan suaminya, Fadzaruddin Shah Anuar mencecah RM127 juta, dedah Aliff Ahmad.

Penganalisis berkenaan berkata, beliau sudah terlebih dahulu mengkritik dan memberi peringatan tentang pelaburan PNB dan Khazanah di dalam Fashion Valet.

“Lima tahun lalu (2019), ketika kali pertama saya mengkritik dan memberi peringatan tentang pelaburan PNB dan Khazanah di dalam Fashion Valet ketika itu adalah lebih kurang RM25 juta (retain earning).

“Pada tahun 2022, jumlah kerugian tersebut telah naik kepada RM127 juta.

“Maksudnya dalam masa 3 tahun pertambahan jumlah kerugian sebanyak 5 kali ganda,” kataya menerusi platform X.

Dalam hal berkaitan, Khazanah Nasional Bhd dan pengurus aset Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjual pegangan kolektif mereka dalam FashionValet pada harga hanya RM3.1 juta.

Ia kerugian besar daripada pelaburan asal RM47 juta mereka.

Memetik Astro Awani, Khazanah pada mulanya melabur RM27 juta ke dalam FashionValet pada 2018 manakala PNB memasukkan RM20 juta.

Kedua-duanya untuk kepentingan minoriti dalam syarikat itu, menurut jawapan bertulis Kementerian Kewangan (MOF) yang diterbitkan di laman web Parlimen.

BACA JUGA Larangan keluar KWSP untuk tunai haji rupanya tak betul, ini penjelasan timbalan menteri

Â