Najib & 1MDB: 8 perkara penting daripada hakim Mahkamah Tinggi

Oleh NAJIB BAKAR

1) Tertuduh mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun bank peribadinya.

2) Tertuduh mengaku wang itu dihantar dan cek dikeluarkan secara peribadi kepada pelbagai pihak, yang juga sebahagian daripada 21 pertuduhan AMLA.

3) Tertuduh juga disebabkan ‘Peristiwa 916’ (pada 16 September 2008), terdapat keperluan untuk tertuduh mencari dana politik bagi mengelakkan mana-mana Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) lompat parti dan sekali gus menyebabkan beliau kehilangan kuasa politik.

4) Keterangan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan yang memberi keterangan bahawa 1MDB dimulakan sebagai dana politik untuk BN.

5) Tertuduh tidak pernah membangkitkan sebarang pertanyaan mengenai dana yang memasuki akaun peribadinya sepanjang empat tahun.

6) Tertuduh tidak membuat sebarang laporan polis terhadap Jho Low, pihak berkuasa tidak pernah menerima sebarang aduan daripada tertuduh atau pegawainya pada 2015.

7) Pengerusi PAC Datuk Seri Hassan Ariffin memberi dua kali taklimat kepada bekas Pengerusi dan CEO 1MDB mengenai apa yang perlu dikatakan semasa PAC untuk menjaga dan meminimumkan peranan tertuduh dan Jho Low.

8) Keterangan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan bahawa dia terdengar Jho Low mengarahkan Kee Kok Thiam (sudah meninggal dunia) untuk merangka ‘surat derma’ ketika mereka berada di sebuah hotel di London.

25 kes terbukti prima facie dan akan dibicarakan.

BACA JUGA Tak sangka ini rupanya jumlah kerugian sebuah platform e-dagang fesyen dikait Khazanah, PNB

Â