Setiausaha Agung PBB sebut Malaysia antara negara paling komited tangani kehilangan hutan

Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres menyebut nama Malaysia seiring Brazil, Colombia dan Indonesia sebagai negara-negara yang telah melipatgandakan usaha mengekang kehilangan hutan.

Beliau menyebut perkara itu dalam ucapan pembukaan Persidangan Parti-Parti ke-16 (COP16) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD).

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan negara yang disampaikan hari ini telah menekankan tanggungjawab yang Malaysia mainkan sebagai negara mewah dengan khazanah alam semula jadi.

“Kita mengiktiraf peranan Orang Asal dan komuniti setempat dengan program Renjer Komuniti.

“Pemberian Ecological Fiscal Transfer kepada negeri-negeri bermula pada RM60 juta pada 2019. PMX telah naikkannya ke RM150 juta (2023), RM200 juta (2024) dan RM250 juga (2025),” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagaimana diungkapkan Presiden Colombja Gustavo Petro di sebelah pagi, Nik Nazmi turut ulangi tema “Peace with Nature” COP 16 dengan menggesa negara-negara kaya yang berbelanja btrilion dolar untuk senjata yang membunuh dalam perang, supaya menyalurkan wang itu ke negara-negara “megadiverse” bagi membantu usaha menjaga flora dan fauna yang ada.

Penglibatan delegasi Malaysia ke COP16 yang berlangsung di Cali, Combodia adalah bagi mengukuhkan kerjasama bagi konservasi biodiversiti khususnya dalam aspek pembangunan kapasiti, pemindahan teknologi dan pembiayaan.

Persidangan itu bermula 21 Oktober hingga 1 November ini, dengan Nik Nazmi mengetuai 17 delegasi Malaysia untuk mengetengahkan komitmen negara dalam mengintegrasikan Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal (KMGBF) ke dalam Pelan Tindakan. dan Strategi Biodiversiti Kebangsaan (NBSAP)

BACA JUGA Tuduhan salahguna kedudukan, pengubahan wang haram sah – Hakim

Â