Tangkapan SPRM bakal dedahkan skandal kenapa hasil padi petani tidak seberapa

Tangkapan oleh SPRM terhadap seorang eksekutif pemasaran kepada sebuah syarikat yang doman tetapi mendapat kontrak RM1.8 billion pembekalan baja dipercayai akan mendedahkan skandal pembekalan baja tidak bermutu kepada petani selama ini.

Ini kerana, penyelewengan ini didakwa antara punca mengapa baja yang dibekalkan oleh sebuah badan kerajaan kepada petani tidak bermutu yang kemudiannya menyebabkan petani gagal menghasilkan padi yang mencukupi.

Bagi aktivis media social yang giat membangkitkan isu penyelewengan dalam sector pertanian, Hishamuddin Ghazali atau Sham Ghaz, isu ini akan mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya selama ini.

“Pembangkang (PN) duk pertikai beras putih tempatan tidak cukup di pasaran.

“Zaman mereka jadi kerajaan 33 bulan duk bekal baja subsidi tidak ikut spec 15,000 tan kepada pesawah hingga hasil jadi rendah takpa pulak!

“Kesannya tahun 2023 tidak cukup beras!” kata beliau menerusi facebook.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pula sedia memberikan kerjasama kepada SPRM susulan pembongkaran kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau mengalu-alukan siasatan oleh badan berkenaan yang dijalankan ke atas Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

“Saya amat mengalu-alukan siasatan oleh SPRM yang dijalankan kini ke atas NAFAS.

“Saya juga ingin beri jaminan yang KPKM akan beri sepenuh kerjasama kepada pihak SPRM untuk melengkapkan siasatan mereka.” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Semalam, seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat direman empat hari sehingga Sabtu ini, berhubung dakwaan kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin terhadap suspek, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, lapor BH Online, lelaki berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan ketika memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM lewat petang semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati syarikat terbabit adalah sebuah syarikat yang tidak aktif (dormain) di Malaysia sejak lapan tahun lalu.

“Bagaimanapun, syarikat induknya merupakan sebuah syarikat berpangkalan di negara jiran, Singapura. Syarikat terbabit juga dikatakan menerima kontrak pembekalan baja berjumlah 15,000 tan atau lebih kurang RM60 juta pada tahun 2022.

“Pemberian kontrak sangat meragukan di mana ia dipercayai dibuat atas arahan pihak tertinggi pertubuhan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan diberikan secara runding terus atas alasan pembelian darurat,” katanya.

BACA JUGA Cukuplah Pas isu bendera China, Malaysia diejek oleh tukang kempen calon presiden Amerika tu