PM Anwar sergah Amerika, jangan arah kami
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau telah menentang seruan Amerika Syarikat agar Malaysia tidak mesra dengan Russia.
“Saya jawab, Itu hal awak, jangan arah kita. Kita negara bebas dan berdaulat, kita akan buat keputusan untuk masyarakat kita dan negara kita,” kata Anwar semasa sesi Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia hari ini.
Beliau berkata respon beliau kepada AS dibuat ketika pertemuan empat mata dengan Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken di Sidang Kemuncak Asean yang berlangsung di Laos.
Pertemuan selama sejam itu membincangkan konflik Timur Tengah dan peluang pelaburan.
Hubungan Putrajaya – Moscow bertambah akrab susulan lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia dalam bulan September.
Anwar turut mendedahkan bahawa perbincangannya dengan Presiden Vladimir Putin adalah mendalam, mencakupi pelbagai bidang dan produktif.
Ini kerana Rusia melihat Malaysia sebagai rakan penting untuk mempelbagaikan hubungan strategiknya.
BACA JUGA: Ambil contoh kezaliman di Gaza, PM akui bibit rasisme ada di negara ini
Â