Selepas 61 tahun membentuk Persekutuan Malaysia, ini senarai permintaan Sarawak untuk RMK-13
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan pelbagai keperluan negeri itu selepas 61 tahun membentuk Persekutuan Malaysia.
Permintaan melebihi RM117 bilion itu disuarakan Abang Johari dalam ucapannya semasa Sesi Libat Urus RMK13 di Kuching, kelmarin.
Berikut permintaan Sarawak kepada Kerajaan Pusat untuk RMK-13:
1) RM38.4 bilion
-Pembinaan 1,292km jalan baharu & naik taraf 4,782km jalan sedia.
2) RM20 bilion
-100 peratus liputan bekalan air bersih.
3) RM1.3 bilion
-100 peratus bekalan elektrik 24 jam di luar bandar.
4) RM7.89 bilion
-pembinaan fasiliti kesihatan baharu, menaik taraf dan membaik pulih serta menyelenggara fasiliti kesihatan.
5) RM5.2 bilion
- mengatasi masalah sekolah daif.
6) RM54 juta
- mengatasi masalah kekurangan fasiliti makmal sains.
7) RM6.3 bilion
- pembinaan 1,800 menara atau struktur telekomunikasi bagi mencapai liputan internet sepenuhnya.
8) RM140 juta
- pengukuran perimeter tanah hak adat bumiputera (NCR).
9) RM38 bilion
-pembinaan jalan sempadan dan jalan penghubung sepanjang 1,487 km untuk memastikan kedaulatan negara dijaga dan memangkin pembangunan sempadan.
10) RM500 juta
- membangunkan kawasan jelapang padi.
Jumlah keseluruhan: Melebihi RM117 bilion.
BACA JUGA ‘Takkan orang yang sudah disaman fitnah berkali-kali, anda percaya?’
Â