‘Lebai’ Pas jadi MP peluang hidup tenang walaupun tidak berkualiti

Sikap pemimpin Pas tertentu termasuk yang beristeri dua dengan 11 anak menjadikan jawatan wakil rakyat sebagai peluang untuk hidup terjamin mendapat kecaman di media sosial.

TikTokers, Dato’ Syed Azuan (DSA) berkata, tanggungan ramai “lebai-lebai Pas” itu menjadikan pendapatan mereka hasil sebagai ustaz tentunya tidak mencukupi.

“Apa yang saya nampak, ustaz-ustaz yang selak kain ini mencari peluang untuk mendapat pendapatan yang tetap.

“Senanglah mereka nak hidup dengan tenang. Boleh kahwin dua, tiga, empat.

“Jadi ahli Parlimen ini dapat gaji, elaun dan lepas tu dapat pencen. Ini yang mereka mahu.

“Bagi saya mereka ini tiada kualiti,” tempelaknya menerusi video dikongsi di TikTok.

Rata-rata bersetuju dengan kritikan Syed Azuan malah menambah terdapat wakil rakyat Pas yang tergamak memohon sumbangan bagi menyewa premis untuk dijadikan Pusat Khidmat Rakyat.

“Bila tak dapat peruntukan, tak dapat sewa Pusat Khidmat Rakyat, dia pi minta derma. Gaji mana pergi? Ingat gaji YB sikit ke?

“Sebab itu calon YB mesti orang dah sedia kaya, ada duit simpanan, supaya wang gaji, elaun guna untuk pengurusan Pusat Khidmat Rakyat, bukan untuk anak bini,” demikian antara pendapat warganet.

@stratcommpmx

“Isteri dua, anak 11 orang, tak boleh kot nak jadi ustaz saja. Macam mana nak tanggung keluarga? Coming soon anak ke-12, 13, 14… boleh jadi sampai 20, tuan puan. Jadi ahli parlimen ni peluang untuk mereka hidup tenang dan terjamin.” – Dato Syed Azuan #ustazfawwazmatjan #parlimenpermatangpauh

♬ original sound – StratCommX 🇲🇾 – StratCommX 🇲🇾

BACA JUGA Pengasas ‘tech startup’ saran Vivy, suami jual segala harta