Kemeriahan ‘perang’ bunga api sempena Deepavali di ibu kota curi perhatian

Muafakat yang ditonjolkan rakyat Malaysia berbilang kaum di negara ini amat unik.

Mana tidaknya, setiap kali tiba musim perayaan sama ada untuk kaum Cina, Melayu atau India, semua pakat meraikannya dengan ‘perang bunga api’.

Cuti Deepavali yang bermula Rabu lalu begitu meriah diraikan.

Sebuah video dikongsikan di TikTok mencuri perhatian ramai kerana kemeriahan bunga api yang berlangsung serentak pada malam perayaan itu di sekitar ibu kota.

Video itu dirakam dari sebuah balkoni di Puchong yang memperlihatkan suasana ibu kota dengan perang bunga api di sana sini.

Kemeriahan itu jelas terasa dengan ramai pengguna meninggalkan komen, meluahkan rasa bangga sesama mereka.

Rata-rata menyatakan tidak kira apa jua perayaan, seluruh rakyat Malaysia akan bersatu harmoni merayakan bersama-sama.

“Setiap tahun raya kita memang happening boleh tengok bunga api. Mula dengan sambutan tahun baru, Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Hari Merdeka dan Deepavali,” kata aaadiraaa_

“Malam tadi dapatlah cucu saya tengok bunga api ni, terjerit-jerit dia seronok sambil tepuk tangan. Apa-apa perayaan pun kita sambut sama-sama. Malaysia boleh,” kata Radawiah pula.

BACA JUGA Terdedah senarai duit zakat NAFAS didakwa diberi kepada parti politik

Â