Terdedah senarai duit zakat NAFAS didakwa diberi kepada parti politik

Bekas Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Syam Ghaz meneruskan siri pembongkarannya berhubung salah guna dana pertubuhan itu yang didakwa berlaku pada 2016, ketika Barisan Nasional mentadbir.

Beliau mendedahkan senarai penyalahgunaan duit zakat NAFAS yang didakwa sebanyak RM2.913 juta telah disalurkan kepada parti politik dan agensi tidak berkaitan dari tahun 2016, 2017 dan 2018.

Kata beliau, duit itu sepatutnya digunakan untuk membantu Asnaf zakat dalam kalangan 900,000 lebih ahli peladang seluruh negara, tetapi telah disalah luluskan untuk kegunaan pemimpin dan parti politik.

Kredit gambar FB Syam Ghaz

“Lim Sian See kenapa tak berani sahut cabaran debat isu NAFAS? Saya dah ada senarai penyalahgunaan duit zakat NAFAS RM2.913 juta kepada parti politik dan agensi tidak berkaitan.

“Betapa ramai anak-anak ahli peladang, pesawah dan petani tidak dapat sambung belajar ke Universiti sebab hasil tani mereka merosot akibat kemarau, banjir, hasil pendapatan rendah sebab pemotongan padi tinggi, penipuan benih padi sah dan kualiti racun cap ayam… kapitalis kilang pula cekik darah beli padi murah dan banyak lagi.

“Duit itu sepatutnya digunakan sebaiknya, tetapi dihabiskan untuk program-program parti politik,” katanya di Facebook.

Hantaran dibuat beliau sebagai reaksi kepada respon Lim Sian See atau nama sebenarnya Eric See-To yang baru-baru ini mendakwa isu berkaitan NAFAS sebagai episod terbaharu drama parti AMANAH melibatkan institusi penting kerajaan yang menjaga petani.

Syam Ghaz sebelum ini berkata, jika dia mendedahkan senarai penuh ke mana duit-duit zakat itu disalurkan, pemimpin Lim pasti akan terduduk.

Dalam pendedahan terbaru hari ini, Syam Ghaz mendedahkan 7 lagi penyelewengan dana membabitkan nilai lebih ratusan juta, hingga menyebabkan NAFAS kerugian lebih RM50 juta termasuk;

1. Pembelian ibu pejabat Nafas di Damansara

2. Pembelian ladang sawit di Sungai Karap, Miri

3. Pembelian baja 40,000 tan tidak ikut spesifikasi bernilai RM70 juta

4. Penyewaan Wisma Peladang Bukit Bintang

5. Pembelian baja bio serbaguna

6. Salahguna RM2.9 juta wang zakat Peladang

7. Pembelian kilang Nafas Feedmill Sdn Bhd di Muar

“Kami dah buat laporan SPRM pada Feb 2020 waktu PH jadi kerajaan 22 bulan, lepas PN berkuasa kenapa kamu membisu, salinan laporan kami masih ada,” ujarnya

Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyaki wujud kartel yang menguasai pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan bernilai RM1.8 bilion.

Beberapa siri pembongkaran telah dilakukan SPRM di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan berkenaan, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.

Sumber berkata, siasatan SPRM akan menjurus kepada kesalahan rasuah dalam perolehan baja atau bahan mentah daripada syarikat-syarikat terpilih.

BACA JUGA Tangkapan SPRM bakal dedahkan skandal kenapa hasil padi petani tidak seberapa

Â