Pelajar UPNM ditekap seterika: Polis sahkan 16 individu disiasat
Polis mengesahkan seramai 16 individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) ditekap dengan seterika.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, kesemua individu terbabit dirakam percakapan untuk siasatan lanjut berkaitan kes terbabit.
Pada masa sama pihaknya masih lagi menunggu laporan perubatan pegawai kadet tersebut.
Beliau berkata pada masa ini siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, seorang pelajar UPNM didakwa ditekap seterika pada bahagian dada ketika disuruh menggosok baju kerja milik seniornya
Kejadian berlaku pada 22 Oktober lalu di bilik asrama universiti berkenaan.
Menurut kronologi kejadian, mangsa mendakwa didatangi pegawai senior yang juga suspek untuk menggosok baju miliknya.
Pelajar senior berusia 22 tahun didakwa secara tiba-tiba mengambil seterika yang dipegang pengadu sebelum menekap bahagian dada sebelah kanan sebanyak satu kali.
BACA JUGA Kemeriahan ‘perang’ bunga api sempena Deepavali di ibu kota curi perhatian
Â