Promosi permotoran, kesesakan lebuh raya, kemalangan berkaitan pokok tumbang fokus Dewan Rakyat

Langkah untuk mempromosi sukan permotoran dalam kalangan anak muda dibangkitkan oleh Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) kepada Menteri Belia dan Sukan dalam sesi jawab lisan.

Afnan khususnya bertanya mengenai pendanaan untuk membina litar motor.

Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) pula bertanya berkenaan langkah mengatasi kesesakan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dan sama ada laluan alternatif akan dibina dari Kuala Lumpur ke Pantai. Soalan ini ditanya kepada Menteri Kerja Raya.

Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) pula bertanya mengenai tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah baik pengurusan landskap untuk mengurangkan kemalangan berkaitan pokok tumbang kerana negara kekurangan pakar pokok bertauliah (arborist).

Pada hari ini beliau membuat lawatan rasmi ke China.

BACA JUGA: Pengikut ajaran GISBH di Terengganu tidak ketara, tiada keperluan fatwakan sesat

Â