Sudah tiba waktu Israel disingkir sebagai anggota PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa sudah tiba waktu Israel disingkir sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ekoran daripada keputusan Knesset meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan kehadiran Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
“Pada 31 Oktober Malaysia telah sertai kumpulan teras untuk mendapatkan nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan obligasi Israel menuruti resolusi PBB. Drafnya dalam proses rundingan.
“Kita gesa Israel disingkir sebagai anggota PBB. UNRWA ialah talian hayat bantuan Palestin,” kata Anwar semasa sesi penerangan menteri berhubung perkembangan terbaru yang terkait dengan usaha Knesset Israel.
Beliau turut menyatakan bahawa setakat ini 43,204 orang Palestin telah menjadi korban termasuk 16,000 kanak-kanak.
Beliau turut menjelaskan usaha Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Ada usaha untuk menubuhkan jawatankuasa khas menentang apartheid di PBB terhadap Israel. Kita memberi sokongan kepada UNRWA.
“Kita perlu menghalang keputusan Knesset untuk melenyapkan UNRWA.
“Kita menyokong mediasi gencatan senjata oleh Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar.
“Kita menggesa pembebasan tahanan Palestin, pengunduran Israel dari Gaza dan kebebasan mutlak Israel.
Beliau turut menyenaraikan beberapa usaha yang dimulakan oleh kerajaan Malaysia.
“Kita akan teruskan sokongan kepada UNRWA. RM100 juta telah diumumkan sebelum ini. Kita akan tambah RM25 juta.
“Kita telah bawa pesakit dari Gaza untuk rawatan di hospital. Ini akan kita teruskan.”
PN tak haramkan ZIM
Menjawab persoalan mengenai penglibatan syarikat BlackRock Inc di dalam MAHB, Anwar berkata Perikatan Nasional sekalipun tidak mengharamkan kemasukan syarikat perkapalan ZIM Israel yang dibuat oleh beliau.
“Jangan gesa kita buat lebih. Mereka tak lakukan. Mereka izinkan ZIM. Ratusan sykt yng berdagang secara langsung dan tidak langsung.
“Bantahan kita terhadap negara, tiada kelengkapan ketenteraan tanpa izin negara.
“Saya telah ambil langkah melampaui banyak negara. Ramai ingatkan risiko ini. Berapa kerajaan yang digulingkan kerana tidak sama pendirian dengna Amerika Syarikat.
“Strategi yang lebih baik ialah bina kekuatan dalaman dan rantau.”
Beliau turut mengakui berlaku sedikit kerugian ekoran pendirian untuk mengharamkan syarikat kapal ZIM ke mana-mana pelabuhan di Malaysia.
BACA JUGA: Promosi permotoran, kesesakan lebuh raya, kemalangan berkaitan pokok tumbang fokus Dewan Rakyat
Â