TikTok SPRM jadi tumpuan gara-gara FashionValet
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa kes FashionValet Sdn Bhd ke satu tahap yang lain apabila membuat rakaman pembongkaran pejabat FashionValet dan mendedahkannya di TikTok.
TikTok rasmi SPRM mendedahkan, sebanyak empat pejabat FashionValet telah dibongkar secara serentak hari ini susulan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) bernilai RM43.9 juta.
Pembongkaran itu dilakukan kerana ia melibatkan kepentingan dana awam.
Dalam video tersebut, dua individu dipercayai usahawan fesyen yang juga pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilihat berada di salah sebuah pejabat yang diserbu.
Video itu memaparkan sekumpulan pegawai SPRM membongkar pejabat FashionValet dengan beberap dokumen diperiksa.
“Siasatan ini penting kerana ia merupakan satu kes verkepentingan awam. Proses siasatan sedang berjalan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM.
“Sebanyak empat lokasi telah diserbu dan dibongkarkan secara serentak hari ini,” katanya.
Isu kerugian Khazanah dan PNB yang melabur dalam syarikat fesyen itu menjadi topik perbincangan utama dalam Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen meminta kerajaan menjawab beberapa persoalan penting khususnya mengenai pemilihan FashionValet yang menerima pelaburan dengan nilai puluhan juta ringgit.
BACA JUGA Dakwaan temui RM94 juta di rumah bekas menteri tak benar, SPRM nafi kenyataan MP Pendang