Ini rupanya FashionValet ‘pancing’ pelabur awalnya

FashionValet Sdn Bhd (FV) terus menjadi tumpuan ekoran kerugian pelaburan yang ditanggung oleh Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Seorang pempengaruh, Aliff Ahmad berpendapat terdapat beberapa hujah ‘pancing’ yang digunakan oleh syarikat yang dikaitkan dengan Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Untuk rekod, Vivy merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat manakala Fadzaruddin adalah pengarah eksekutif FashionValet.

Menurut Aliff, FV sudah sign eksklusiviti dengan banyak designer termasuk di Indonesia.

FashionValet juga dikatakan akan menjadi platform digital fesyen utama di Asia Tenggara.

“Kehebatan mereka hanya belanja RM14,000 tapi berjaya dapatkan jualan sebanyak RM700,000. Hanya 2% sahaja kos pemasaran.

“Kesemua produk yang disenaraikan di platform mereka adalah “consignment basis”. Terjual, baru bayar. FashionValet hanya ambil komisen.

“Trafik ke platform mereka meningkat saban hari,” tulis Aliff yang dikongsi lebih 1,100 pengguna X setakat ini.

Semalam, sebanyak empat lokasi berkaitan pelaburan dalam FashionValet diserbu penyiasat SPRM untuk membantu siasatan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta.

Dalam masa sama, SPRM turut menyerbu Kementerian Kewangan (MOF), pejabat Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

BACA JUGA Pas kecoh kongsi video beri duit di celah jari penari Sabah