Bayaran calon CLP kepada LPQB antara isu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat

Bayaran calon Sijil Amalan Guaman (CLP) tahun ini kepada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang LPQB)menjadi topik pertama yang dibincangkan pagi. Soalan ini dikemukakan oleh Cha Kee Chin (PH-Rasah) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) pula bertanya sama ada kerajaan akan mengembalikan Dana Strategik Pelaburan Domestik dan Dana Berimpak Tinggi yang membantu syarikat tempatan meningkatkan teknologi dan mencapai tahap antarabangsa. Soalan yang ditanya kepada Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri turut mencakupi sebab program tersebut dihentikan.

V Ganabatirao (PH-Klang) bertanya Menteri Luar bagaimana kerajaan akan memastikan BRICS tidak mempengaruhi urusan domestic dan politik serta memastikan institusi demokratik terjaga.

BACA JUGA: Kajian kebolehlaksanaan cadangan projek terowong Pulau Pinang belum siap

Â